Monday, October 12, 2009

BUNUH DIRI???

Hati bagai dipaut suatu beban yang berat bila dia katakan yang dia nak dermakan jantungnya. Derma jantung harus mati. Tapi dia belum mati. Dia masih sihat. Dia baru bercakap denganku. Suatu tindakan yang terlalu extreme bagiku. Seolah ingin bunuh diri. Dermakan jantung ketika jasad masih mempunyai roh. Ketika badan masih menjalankan kitaran hidupnya. Ketika jantung masih mengepam darah ke seluruh tubuhnya. Mengapa? Mengapa dia terfikir untuk ambil tindakan itu. Tidakkah dia tau aku terlalu sayangkannya. Aku tak sanggup kehilangan dia. Sudahlah aku kehilangannya. Aku tak sanggup melihat dia lenyap dari bumi Allah ini. Pasti aku akan gila. Oohh tolonglah.. Tolonglah jangan lakukan.. Aku reda jika dia mahu dermakan setelah kematiannya. Bukan semasa hayatnya...TIDAK...

Sunday, October 11, 2009

he will go far away??

Italy??? Negara yang jauh dari Malaysia.. Mungkin akan menjadi destinasi kepada dia. Terlalu jauh dariku. Dapatkah aku terima pemergian dia. Adakah ini satu petunjuk bahawa aku harus lupakannya. Petunjuk bahawa aku harus beri hati kepada yang lain. Bukan aku tak mahu tetapi.. Ahhh entahlah. Nak cakap pon orang takkan paham. Memang bodoh. Itu yang akan orang katakan padaku. Tapi aku tak peduli. Aku tau aku memang bodoh tetapi aku juga tau apa yang ku rasa. Suatu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Terasa plot dalam novel pulak. sang kekasih hati ingin terbang jauh dari sisi. Aku di sini membawa hati yang lara. Kalau ku bukukan kisah aku ni. Mesti jadi best seller.. :) Aku harap Italy bukanlah destinasinya... Tapi jika itu yang tertulis ku harus terima. Sememangnya dia bukan milikku. Dia sentiasa milik ORANG ITU.