Monday, October 12, 2009

BUNUH DIRI???

Hati bagai dipaut suatu beban yang berat bila dia katakan yang dia nak dermakan jantungnya. Derma jantung harus mati. Tapi dia belum mati. Dia masih sihat. Dia baru bercakap denganku. Suatu tindakan yang terlalu extreme bagiku. Seolah ingin bunuh diri. Dermakan jantung ketika jasad masih mempunyai roh. Ketika badan masih menjalankan kitaran hidupnya. Ketika jantung masih mengepam darah ke seluruh tubuhnya. Mengapa? Mengapa dia terfikir untuk ambil tindakan itu. Tidakkah dia tau aku terlalu sayangkannya. Aku tak sanggup kehilangan dia. Sudahlah aku kehilangannya. Aku tak sanggup melihat dia lenyap dari bumi Allah ini. Pasti aku akan gila. Oohh tolonglah.. Tolonglah jangan lakukan.. Aku reda jika dia mahu dermakan setelah kematiannya. Bukan semasa hayatnya...TIDAK...

No comments: