Monday, July 4, 2011

S.U.P.E.R.V.I.S.O.R

Dah sekian lama blog ni terbiar. Dah agak berhabuk ye..(cehh kununnye la..) Sekian lama berdiam diri dan untuk itu dah lama jugak la aku kerja. Dah nak masuk 6bulan. Maknanya nak dekat setengah tahun..uhh lama jugak tu..

Tanggal 24 Januari 2011 aku telah mula berkhidmat dengan AEON Mahkota Cheras Shopping Centre sebagai Supervisor Customer Care.. Skop kerja aku ni melayan pelanggan. Nama pun Customer Care pun kan. So kenalah layan karenah pelanggan. Aku dipertanggungjawabkan mengemudi Kaunter Informasi.. Kaunter di mana pelanggan ingin mendapatkan maklumat atau servis. Nama pun Kaunter Informasi kan, mestilah nakkan informasi. Takkan nak wrapping hadiah kat situ pulak atau buat Jcard pulak. Ehhhh jangan tak tau..ada jugak yang bangang nak buat Jcard dekat situ.(apa punya bebal la customer ni)

Macam-macam karenah customer aku dah jumpa. Macam-macam!! Ada sampai yang buat aku naik hangin. Perkara yang selalu terjadi adalah berkaitan tiket. Bayar parking kat Jusco bukannya mahal pun. Sekali masuk RM1. Tak kiralah kau nak shopping sampai 10 jam sekalipun, parking tetap RM1. Diulangi RM1, bukan RM10. Pada suatu hari di mana aku perlu kerja full(kerja seperti bangla okey..dari pagi sampai malam). Ada seorang customer cina datang dekat kaunter dengan menunjukkan tiket yang telah dibayar. Dialognya:-

"tadi i masukkan jcard tapi tak boleh baca. so i bayar satu ringgit. so macam mane ni. i masuk tak sampai dua jam lagi pun"
"sorry miss. u sudah bayar. i tak boleh buat apa-apa. sepatutnya u kena datang sini (kaunter informasi), i boleh buatkan secara manual.now u sudah bayar."
dengan muka kerek dia blah menuju ke emaknya.kemudian emaknya datang ke kaunter dan bertanya..

"ni tak boleh refund ke?ape macam ni?i ada jcard tapi kena bayar?servis ape ni???"
dengan muke poyo dia blah je.

dalam hati aku kata..deyyyyy kalau tak nak bayar seringgit datanglah sini bahlul!!kau boleh tekan cancel la..BEBAL sungguh.shopping habis beratus boleh.bayar parking yang SERINGGIT pun tak boleh..huhhh!!

Hari-hari aku di AEON Mahkota Cheras amatlah menegangkan..haha.. Hati kena kental beb. Kena kental nak dengar komen dan karenah customer ni.. MACAM-MACAM!


Tuesday, January 18, 2011

kurus ke??

balik je kampung pasti ade je komen yang aku dengar..



"eh..ana kamu dah kurus ea sekarang"

"eeee..tak suke la tengok dia ni..dah kecik dah..jelez aku"

"haaa kamu mau kecik..si polan tu xkecik-kecik pon..ngan bontotnye beso"



komen-komen di atas membuatkan aku kembang..bontot aku telah mengembang hingga seinci ke 2inci..hehehehe...betol ke aku dah kurus?ea kot..dulu mase sekolah..aku lagi besa kot dr sekarang..tapi aku still tak puas hati lagi dengan badan aku nihh...aku nak lagi kurus..
boleh ke aku kurus yang betol2 kurus nih...hahaha..usahe escalator kejayaan..-cik dreamer.hehe

C.I.N.T.A

Kau hadir tanpa aku menduganya. Puas aku menolak. Puas aku berlari jauh darinya. Namun ia pantas jua mengejarku. Menarikku terus ke dalam dakapanmu. Apa yang terjadi kini sama sekali tidak aku dugakan. Tidak pernah aku rencanakannya dalam benak fikiranku. Ia datang bagaikan halilintar yang memanah hingga membuatku terpana dan kaku untuk berkata-kata. Mengapa ini semua terjadi? Jawapannya..sudah suratan Illahi untuk kita tempuhinya walau penuh onak durinya. Walau dilanda badai ribut yang maha hebat dari sekeliling yang datang menghempas.

.AKU.
aku adalah seorang insan yang tidak pernah lepas daripada perasaan mencintai dan ingin dicintai.
aku seorang insan yang daif untuk mengenali apa itu sebenarnya C.I.N.T.A.
aku seorang insan yang rapuh hatinya.
aku seoarang insan yang pernah terluka.terhiris hatinya dek kerana C.I.N.T.A
aku seorang insan yang tidak bisa melupakan kisah itu
sungguh!kisah itu beri kesan yang mendalam kepadaku
satu perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini dan ia dimusnahkan oleh DIA
namun, aku pasrah untuk segalanya.aku menerima ketentuan dari yang Maha Esa dengan hati terbuka.segalanya punya hikmah disebalik.

.DIA.
dia insan pertama yang membuat hatiku tidak senang.
dia insan yang bisa membuatkan jiwa aku.hati aku riang.namun sementara
walau sementara aku dapat merasainya.TERIMA KASIH kerana memberi aku peluang walau sekejap untuk merasainya.
dia pergi dari hidupku untuk mengejar bidadari hatinya yang tak pernah dapat dilupaknnya.aku mengerti.aku tidak bisa menggantikannya di hatimu.aaku hanya sekadar tembok untuk kau labuhkan lelahmu buat sementara.
KENANGAN itu tidak aku lupakan. kau ajarkan aku BAHAGIA dan kau jua ajarkan aku DERITA

.KAU.
kau insan yang aku benci
kau insan yang buat aku menyampah
kau jualah insan yang berjaya mencuri HATI ini
saat aku bermain dengan hati ini.berperang dengan jiwa ini.kau datang mengetuk pintu hati.
aku menolaknya.sekeras-kerasnya aku menolak kerana aku tidak betah melupakan DIA
kau tidak pernah berputus asa.cuba dan terus mencuba.
dan aku lari dan terus berlari.lalu tiba-tiba tersungkur.
saat itu kau bantuku untukku terus berdiri gagah.
aku menolak huluranmu itu.namun kau tetap jua menghulurnya hingga aku tidak bisa menolaknya kini.
huluran selama 2tahun itu ku sambut

aaahhhh rapuhnya hati ini.longlainya jiwa ini.
apakan daya.aku rebah di hadapanmu.
kau bimbing aku untuk terus berdiri
bagaimana?bagaimana ia terjadi.
aku tiada jawapan yang pasti
kerana ia datang tiba-tiba
sesuatu meresapi jiwaku dengan perlahannya
ramai tertanya.mengapa aku dan kau??mengapa?
walau apa jua mereka katakan.aku tetap bersamamu.

bersamamu bermakna RISIKO besar yang sedang menanti.
apa risikonya?
1. tohmahan dari sekeliling.
2. hatiku sering terguris.
3. sakiti hati kawan..(oh benarkah?)

1.
aku tau.ramai yang mengata.kadang hati ini tidak betah untuk mendengarnya.aku sering dipersalahkan.apa salahku sehingga diperlakukan begini?salah akukah kau jatuh hati padaku?? adakah aku yang memintanya dari kau?adakah aku yang menagihnya dari kau??aku kuatkan jua untuk menempuhinya..setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.

2.
mencintai seseorang bermakna kau melukainya
itu yang aku pegang selama ini. loving you mean im hurt.(bukan selalu pon.kadang-kadang je)

3.
ini risiko besar.paling besar.tapi.entahla.aku tiada jawapan.dan aku keliru untuk mencari jawapan ini.kerana ini aku menolak kau sekeras-kerasnya tapi akernye cair. apakan daya..hingga pernah aku mengeluarkan statement "kau adalah yang teraker aku pilih".ya!!!Kau yang teraker....!!


segalanya KITA tempuh. walau ranjuanya penuh duri. hingga kini.

1 year and 3 days





p/s:*pada yang meluat baca entry aku nih..sorry to say la ye..siapa suroh korang bace..aku tak suroh pon..hahaha...sorry guys!!

Friday, November 19, 2010

jiWA keCeLaRuAN


JIWA BERKECAI DIKUTIP
AGAR MENJADI ARCA
YANG BERDIRI TEGUH
CANTIK DIPANDANG

JIWA YANG LARA
DIUBATI BERSAMA DARAH
AGAR MELIPUTI LUKA
MENJADI SEBUAH TUGU

Friday, November 12, 2010

corat-coret jiwa


lalui malam yang sepi
kau tinggalkan aku pergi
menyendiri seorang diri
membawa keping-keping hati

pagi yang kelam
membawa erti hati yang suram
muka yang masam
menjeruk perasaan

sinari hati bersama cahaya
memberi sinar bahagia
moga jiwa ria
tiada sendu dan hiba

rintik-rintik hujan
memberi pengajaran
rahmat dari tuhan
disambut dengan kesyukuran

Wednesday, November 10, 2010

"eNeMy" zaman sekolah



majlis resepsi ekin..(aku bile lagi?haha)


even & nisha


inila dia..kawan luahan hati aku.APEH


oohhh shima...!!


aku rindukan korang semua..rindu saat kita bersama..hahaha buat kerja gile.sangat besh..ponteng sekola.kuar ikot pagar belakang.haha.dah lame berani sikit kuar ikot pagar depan.haha.time pose lak tu.takleh lupe ah insiden minum di bulan pose..haha.bukan aku okeyh..korg..(shima dan nisha)hahahahaa..lawak gile mase tu..lepak kat tangga target.kena tegur ngan sorang akak ni.ayat nisha yang tak boley lupe..
"akak kenal saya ke???"
hahhaahha..memang la dia tak kenal kita weyhh..dia tegur kita sebab lepak kat tangga target bulan2 pose..tak kerja!!~kekekeke
sekarang masing2 ade hala tuju sendiri..ekin dah kawen..shima dekat je ngan aku tapi jumpenye tak pernah kat kl ni..haha..nisha nun jauh kat utara.uum..even.utara gak..perlis..(ehh kalo tak silap aku..heee.maap ven..agak2 lupe..) APEH..sowila peh lately aku agak kurang contact ko..pape pon ko tetap kawan aku..okeyhh.and thanx a lot to you apeh..coz u always beside me when i need a friend..weee~~~

kuCeNG ini C0MeY

terliur sangat tengok nasi ayam dea..

buat pose comey lak kuceng nih..



ketika sedang dating sebentar semalam.ade sekor kuceng nih dok ngendeng makanan kat dea..sedap sangat ke pon nasi ayam kat RESTORAN YUS tuh sampai terjelir lidahnye..dea aku ni pon satu buat tak tau je ngan kuceng tu..sian dia tau!dari dea start makan sampai la habis makan kuceng nih dok setia menunggu kot2 dapat habuannya tapi malangnya tiada..(dea aku lapar sangat sampai taknak kongsi ngan kuceng tuh).oleh kerana dea aku taknak kongsi ngn kuceng tuh.kuceng tu telah mencuba menerkam peha aku.(ehhh nak makan peha aku pulak kuceng nih..agak2 okeyh..kang kurang hantaran aku).aku juz temankan dea makan sebab aku takleh makan lagi time tu..maklum le baru lepas cabut gigi..gauze masih berada dalam molot..huhu.pape pon aku sangat suke ngan kuceng nih..sangat comey oohhh..rase nak cubit2 je..tapi takleh.kang tak pasal2 aku masuk hospital lak.kena geget ngan kuceng..hahhahaah


psssttt:actually aku patot berterima kasih kat anak sedara aku ni..JASMEEN SURAYA.sebab dia masuk hospital aku dapat date ngan my dea..hehehe..maceh ea jas..affu dpt date ngn ucu..ehh dan juge terima kasih psp dea..kerana perlu diupgrade..kerana kau psp, kami dapat date kali kedua ini.. (^_^)