Monday, July 4, 2011

S.U.P.E.R.V.I.S.O.R

Dah sekian lama blog ni terbiar. Dah agak berhabuk ye..(cehh kununnye la..) Sekian lama berdiam diri dan untuk itu dah lama jugak la aku kerja. Dah nak masuk 6bulan. Maknanya nak dekat setengah tahun..uhh lama jugak tu..

Tanggal 24 Januari 2011 aku telah mula berkhidmat dengan AEON Mahkota Cheras Shopping Centre sebagai Supervisor Customer Care.. Skop kerja aku ni melayan pelanggan. Nama pun Customer Care pun kan. So kenalah layan karenah pelanggan. Aku dipertanggungjawabkan mengemudi Kaunter Informasi.. Kaunter di mana pelanggan ingin mendapatkan maklumat atau servis. Nama pun Kaunter Informasi kan, mestilah nakkan informasi. Takkan nak wrapping hadiah kat situ pulak atau buat Jcard pulak. Ehhhh jangan tak tau..ada jugak yang bangang nak buat Jcard dekat situ.(apa punya bebal la customer ni)

Macam-macam karenah customer aku dah jumpa. Macam-macam!! Ada sampai yang buat aku naik hangin. Perkara yang selalu terjadi adalah berkaitan tiket. Bayar parking kat Jusco bukannya mahal pun. Sekali masuk RM1. Tak kiralah kau nak shopping sampai 10 jam sekalipun, parking tetap RM1. Diulangi RM1, bukan RM10. Pada suatu hari di mana aku perlu kerja full(kerja seperti bangla okey..dari pagi sampai malam). Ada seorang customer cina datang dekat kaunter dengan menunjukkan tiket yang telah dibayar. Dialognya:-

"tadi i masukkan jcard tapi tak boleh baca. so i bayar satu ringgit. so macam mane ni. i masuk tak sampai dua jam lagi pun"
"sorry miss. u sudah bayar. i tak boleh buat apa-apa. sepatutnya u kena datang sini (kaunter informasi), i boleh buatkan secara manual.now u sudah bayar."
dengan muka kerek dia blah menuju ke emaknya.kemudian emaknya datang ke kaunter dan bertanya..

"ni tak boleh refund ke?ape macam ni?i ada jcard tapi kena bayar?servis ape ni???"
dengan muke poyo dia blah je.

dalam hati aku kata..deyyyyy kalau tak nak bayar seringgit datanglah sini bahlul!!kau boleh tekan cancel la..BEBAL sungguh.shopping habis beratus boleh.bayar parking yang SERINGGIT pun tak boleh..huhhh!!

Hari-hari aku di AEON Mahkota Cheras amatlah menegangkan..haha.. Hati kena kental beb. Kena kental nak dengar komen dan karenah customer ni.. MACAM-MACAM!


No comments: