Saturday, September 25, 2010

KAU YANG BERNAMA CINTA

kau berikanku bahagia..kau berikanku derita
kau berikanku sayang..kau berikanku derita
kau berikanku cinta..kau berikan ku sengsara

mencintai bermakna menyakiti..mencintai seseorang bermakna kau akan menyakiti hatinya dalam diam.tanpa kau sedari hatinya terluka dek kerana tingkahmu..

sayangku cintaku untukmu..ku percaya pada ketentuanNYA..
jika kau milikku..satu hari kelak kita akan bersatu..walau rintangan datang melanda...

kembali

lama sudah ku tinggalkan blog ni..herrmmm maklumla takde tenet di tangan kan..banyak yang berubah dalam idop ak..pakwe pon dah berubah..pakwe??hohoho..kekaseh hati..itulah istilah yang tepat buatnya..insan yang aku sayang..hermmm..tak tau nak bebel ape kat sini..
anyway isnin ni ak start praktikal..hoho sangat takot nak hadapinya...tapi kena hadapi dengan jiwa yang kental..okla..chow cen dol..daaaaaa

Tuesday, April 13, 2010

kembali..

uuhhh..
lame sungguh aku tak jenguk blog aku nih..
dah lame ku tinggalkannya..
maklumla tak punya internet..
takde ape yg nak diperkatakan..
aku masih seperti dulu..
aku masih ana yg dulu..
haaa ea ke masih ana yg dulu..
ermmmm..ntahla...
ada masa aku update la blog aku ni...
cian lak dh lame terbiar..
chow..

Monday, October 12, 2009

BUNUH DIRI???

Hati bagai dipaut suatu beban yang berat bila dia katakan yang dia nak dermakan jantungnya. Derma jantung harus mati. Tapi dia belum mati. Dia masih sihat. Dia baru bercakap denganku. Suatu tindakan yang terlalu extreme bagiku. Seolah ingin bunuh diri. Dermakan jantung ketika jasad masih mempunyai roh. Ketika badan masih menjalankan kitaran hidupnya. Ketika jantung masih mengepam darah ke seluruh tubuhnya. Mengapa? Mengapa dia terfikir untuk ambil tindakan itu. Tidakkah dia tau aku terlalu sayangkannya. Aku tak sanggup kehilangan dia. Sudahlah aku kehilangannya. Aku tak sanggup melihat dia lenyap dari bumi Allah ini. Pasti aku akan gila. Oohh tolonglah.. Tolonglah jangan lakukan.. Aku reda jika dia mahu dermakan setelah kematiannya. Bukan semasa hayatnya...TIDAK...

Sunday, October 11, 2009

he will go far away??

Italy??? Negara yang jauh dari Malaysia.. Mungkin akan menjadi destinasi kepada dia. Terlalu jauh dariku. Dapatkah aku terima pemergian dia. Adakah ini satu petunjuk bahawa aku harus lupakannya. Petunjuk bahawa aku harus beri hati kepada yang lain. Bukan aku tak mahu tetapi.. Ahhh entahlah. Nak cakap pon orang takkan paham. Memang bodoh. Itu yang akan orang katakan padaku. Tapi aku tak peduli. Aku tau aku memang bodoh tetapi aku juga tau apa yang ku rasa. Suatu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Terasa plot dalam novel pulak. sang kekasih hati ingin terbang jauh dari sisi. Aku di sini membawa hati yang lara. Kalau ku bukukan kisah aku ni. Mesti jadi best seller.. :) Aku harap Italy bukanlah destinasinya... Tapi jika itu yang tertulis ku harus terima. Sememangnya dia bukan milikku. Dia sentiasa milik ORANG ITU.

Monday, September 14, 2009

semacam hilang kesabaran

tahap sabar aku dah semakin tipis...
gunung berapi tunggu masa nak meluahkan larvanye nih...
dia pikir dia tue sape??
queen?ratu?puteri?raja?PM?agung?
semua orang kena ikot cakap dia?
dia sorang je ada hangin??
eh aku pon de HANGIN gak tau..
bukan dia sorang je...
belom tengok hangin aku camne lagi...
sekali berangin memang tak dapat nafas lah ko kang...aishhhh
pikir ko member jela aku tahan nih...
kalo tak pikir member dah lama aku tak kawan ko...
eh name pon member kn..kalo tak kawan bukan member la namenye..haha pe la aku nih
watever la...cubelah buka minda tu sikit..
pikir la orang lain gak..jangan nak ikot kepala sendiri je...
try to accept others opinion n advise...

Wednesday, September 2, 2009

kawan ku kembali...(note for apeh)

setelah lebih kurang setahun dia menghilang dan menyepikan diri...
kini dia muncul kembali..
betapa aku rindukan dia..hehehe..
ko tau tak peh..aku rindu giler kat ko..haaaaa
ingatkan dah taknak kawan aku lagi..huhu
hilang la kawan baik aku..huuuuu
kat sapa aku nak ngadu..
kat sapa aku nak ceritakan kisah aku yang kalo cerita leh kuar taik telinga..haha
isk2...sadis tol...ngeee
welcome back my fren.....
dont go anywhere ya...heee
stay beside me...
and i will always be ur fren....